Belum masa JDT II berasa selesa

Sham K K George meraikan jaringan ketika menentang TFC II pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Ahad. - Foto Bernama.
Sham K K George meraikan jaringan ketika menentang TFC II pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Ahad. - Foto Bernama.
A
A
A

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) II dituntut mengekalkan aksi terbaik dalam baki saingan biarpun hampir pasti bergelar juara Liga Premier selepas membenam Terengganu FC II (TFC II) 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Ahad.

Malah menurut pengendali JDT II, Raul Mariano, kejayaan meraih kemenangan ke-12 musim ini sekali gus memperkukuhkan cengkaman liga dan bukan alasan untuk pasukan mengambil mudah perlawanan seterusnya.

“Sudah tentu keputusan ini bagus untuk pasukan kerana kini kami selangkah untuk bergelar juara Liga Premier. Saya berterima kasih kepada para pemain kerana memberi sepenuh tumpuan untuk memenangi perlawanan ini.

“Walaupun begitu, kami masih belum dapat mengesahkan lagi kejuaraan. Jadi untuk perlawanan berikutnya saya mahu para pemain meneruskan momentum positif seperti dipamerkan dalam perlawanan ini.

“Ya, kami akan menjadi seperti JDT yang sentiasa dahaga untuk mencari kemenangan dalam setiap perlawanan,” katanya.

Kemenangan di laman lawan itu menyaksikan anak buah Mariano mengungguli takhta liga apabila mengumpul 39 mata dengan berbaki satu lagi perlawanan.

Pada perlawanan itu, pelawat terlebih dulu mendahului lawan pada minit keenam menerusi rembatan Daryl Sham untuk memimpin perlawanan babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT II melebarkan kedudukan kali ini menerusi jaringan gol Omar Hakeem yang menyudahkan hantaran Sham pada minit ke-82.

Artikel Berkaitan:

Gol itu ternyata menyuntik semangat para pemain pelawat yang kemudiannya diterjemahkan menerusi jaringan ketiga Moussa Sidibe pada minit ke-85 untuk kemenangan 3-0.

Sementara itu, pengendali TFC II, Badrul Afzan Razali menegaskan hilang fokus menjadi faktor menyaksikan kelab pantai timur tersebut mengalami kekalahan kelima liga musim ini selepas mengharungi 17 perlawanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!