Mohon simpati bank susun semula kadar pinjaman

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MINGGU lalu menyaksikan banyak badan korporat mencatat keuntungan di luar jangkaan khususnya bagi tempoh suku kedua atau bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Antara yang mencatat keuntungan besar ialah TNB, Petronas serta syarikat berasaskan komoditi dan sektor perkhidmatan.

Paling banyak mencatat keuntungan ialah sektor perbankan. Keuntungan perbankan menjana kekukuhan kewangan institusi itu.

Ini dibuktikan apabila sektor itu mencatat lebihan ketahanan modal mencecah RM129.6 bilion pada akhir Julai lalu.

Ia satu jumlah agak besar berikutan pengiktirafan keuntungan dan perolehan separuh tahun sumbangan dari instrumen kewangan sedia ada.

Jika dilihat jumlah itu juga, ia menyamai peruntukan seperti pakej rangsangan bantuan ekonomi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bantuan kepada rakyat dan pembangunan insfrastruktur negara.

Sebagai orang awam yang melihat dari jauh dan melihat dari sudut matematik yang mudah difahami, ia satu jumlah ketahanan modal yang agak tinggi bagi menghadapi cabaran ekonomi jangka pendek.

Maka, banyaklah bersuara, memberi pendapat dan laporan memohon bank-bank menyusun kembali kadar pinjaman khususnya membabitkan perumahan dan perniagaan bagi golongan B40 dan M40.

Artikel Berkaitan:

Penyusunan kadar pinjaman yang fleksibel penting supaya golongan ini masih berupaya memenuhi komitmen membayar hutang pinjaman daripada tidak langsung membayar hutang disebabkan kadar faedah yang tinggi dan dijangka terus meningkat.

Dengan jumlah peruntukan dan rizab pengawalseliaan bank sekitar RM41.1 bilion, bank dilihat mampu menyerap segala kemungkinan sekiranya menyusun kembali hutang-hutang pinjaman perumahan B40 dan M40 untuk jangka pendek.

Kita sering melaungkan amalan ESG iaitu alam sekitar, sosial dan urus tadbir syarikat.

Dalam elemen sosial, terdapat kata-kata hubungan antara sesebuah syarikat dengan syarikat lain dan komuniti serta pengguna setempat.

Faktor sosial mengambil kira kepelbagaian, hak manusia dan juga perlindungan pengguna.

Bertitik tolak daripada fakta itu, kita ingin melihat pihak perbankan mempraktikkan elemen sosial dalam ESG itu.

Harap-harap elemen sosial ESG dalam kalangan perbankan dapat direalisasikan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!