Sekuriti makanan negara terancam
Ketidaktentuan cuaca boleh menyebabkan gangguan kepada produksi bahan makanan terutamanya sektor makanan ruji negara iaitu padi.
SHAH ALAM - Impak perubahan iklim yang agak ketara di Malaysia ketika ini boleh memberikan kesan membimbangkan kepada sekuriti makanan negara pada masa depan.
Felo Penyelidik Institut Perubahan Iklim (IPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Siti Norliyana Harun berkata, berbanding dengan sebilangan negara yang berdepan dengan masalah sungai surut, Malaysia sebaliknya mengalami peningkatan aras laut dan perubahan cuaca tidak menentu.
Menurutnya, ketidaktentuan cuaca boleh menyebabkan gangguan kepada produksi bahan makanan terutamanya sektor makanan ruji negara iaitu padi.
Baca berita penuh di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!