Barca rehatkan empat tonggak
[DIKEMAS KINI] SERAMAI empat tonggak Barcelona bakal ‘direhatkan’ menjelang aksi Liga Juara-Juara berdepan kelab Republik Czech, Viktoria Plzen di Nou Camp, pada awal pagi Khamis.
Demikian tegas pengendali Barcelona, Xavi yang mahu melakukan penggiliran pemain dan memberikan peluang kepada lebih ramai pemain untuk beraksi kali ini.
“Kami akan merehatkan beberapa pemain tonggak agar lebih ramai pemain dapat beraksi beraksi musim ini.
“Namun, objektif tetap sama iaitu untuk mencatatkan kemenangan pada aksi sulung bagi saingan peringkat kumpulan kali ini.
“Oleh itu, kesemua pemain diingatkan untuk memberikan aksi terbaik dan menjamin kejayaan pasukan,” katanya.
Untuk rekod, skuad Blaugrana bakal merehatkan Eric Garcia, Gavi, Ousmane Dembele dan Ronald Araujo.
Perubahan itu menyaksikan Jules Kounde bakal kembali ke posisi asalnya selaku pertahanan tengah setelah beraksi sebagai pemain pertahanan kanan pada dua perlawanan terdahulu.
Kounde bakal bergandingan dengan Andreas Christensen atau Gerard Pique dan menyaksikan pemain baharu Barca, melakukan debut di Nou Camp selaku pemain pertahanan kanan.
Sementara itu Xavi berkata, Frenkie de Jong juga dijangka kembali berada dalam kesebelasan utama manakala Ansu Fati atau Ferran Torres mengisi kekosongan ditinggalkan Dembele bagi mengetuai jentera serangan pasukan.
“Kita juga merancang menurunkan Miralem Pjanic dan Pablo Torre bagi mendapatkan minit permainan masing-masing bersama Barca musim ini.
“Rombakan kecil ini diharap dapat membantu kejayaan pasukan bagi aksi sulung saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara kali ini,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!