Lelaki kantoi curang atas katil

Wanita terbabit bertindak menampar muka suaminya.
Wanita terbabit bertindak menampar muka suaminya.
A
A
A

BEIJING - CHINA. Sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki kantoi curang mendapat lebih 15 juta tontonan di China.

Wanita itu dilaporkan 'menangkap' suaminya di atas katil bersama wanita lain di sebuah hotel.

Menerusi klip video itu, wanita terbabit dilihat menampar muka suaminya yang berada di sisi teman wanitanya yang hanya memakai gaun tidur.

"Berani awak! Saya layan awak dengan sangat baik. Awak sendiri tahu perkara itu," kata wanita itu yang turut mempersoalkan kenapa dia ditipu selepas enam tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Wanita itu yang menyerbu bilik hotel itu bersama beberapa rakannya turut menyerang teman wanita suaminya.

Dia bagaimanapun mendakwa lelaki terbabit tidak mendedahkan statusnya apabila mereka mula menjalinkan hubungan cinta.

Bulan lalu, seorang lelaki curang bersama kekasihnya diikat pada pokok dalam keadaan berbogel di khalayak ramai dalam kejadian di wilayah Guizhou.

Data menunjukkan hampir 75 peratus pasangan di China bercerai kerana pasangan curang. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!