Ismail Sabri ucap tahniah kepada U-Wei

Ismail Sabri ucap tahniah kepada U-Wei yang dipilih mewakili Malaysia sebagai ketua juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow, Rusia. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri ucap tahniah kepada U-Wei yang dipilih mewakili Malaysia sebagai ketua juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow, Rusia. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pengarah filem tersohor negara, U-Wei Saari yang dipilih mewakili Malaysia sebagai ketua juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow, Rusia yang berlangsung bulan lepas.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata, pemilihan U-Wei merupakan satu penghormatan kepada dunia perfileman negara.

"Syabas kerana memperkasa dan mengantarabangsa Bahasa Melayu dengan menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu di Moscow,” katanya.

U-Wei memecahkan tradisi Festival Filem Antarabangsa Moscow apabila menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu sekali gus dilihat memartabatkan bahasa ibunda. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!