Ini sejarah terburuk TH, kata Najib
SEREMBAN - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan penurunan hibah Tabung Haji (TH) kepada 1.25 peratus sebagai sejarah paling buruk dalam penubuhannya.
Beliau berkata, PH sepatutnya menunaikan janji menurunkan harga minyak kepada RM1.50 dan bukannya dividen TH.
"Saya sedih, sebab ini sejarah paling teruk yang berlaku dalam TH. Janganlah salahkan kita (BN).
ARTIKEL BERKAITAN: Hibah TH pada kadar 1.25 peratus
"Dividen jatuh kerana harga saham jatuh. Selepas pilihan raya, pasaran saham Malaysia merudum sehingga 270 juta," katanya ketika berucap pada program Santai Bersama Bossku dan Tok Mat Bersama Masyarakat India DUN Rantau di sini, hari ini.
Menurutnya, dalam tempoh sembilan tahun menjadi Perdana Menteri, jumlah dividen diberi adalah paling tinggi dalam anggaran 6.75 peratus.
Kata Najib, begitu juga dengan Petronas yang ditinggalkan dengan tunai RM174 juta dan Khazanah Nasional pula mencapai keuntungan RM223 bilion.
"Tapi baru ini rugi RM6.3 bilion. Dalam masa 11 bulan saja, tak sampai setahun.
"TH tak boleh beri dividen kerana saham TH semua jatuh, sebabnya mereka tak kendali ekonomi dengan baik," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!