Chelsea tewas di Zagreb

Antara aksi menarik perlawanan Chelsea menentang Dinamo Zagreb di Maksimir.
Antara aksi menarik perlawanan Chelsea menentang Dinamo Zagreb di Maksimir.
A
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea menyingkap kempen peringkat kumpulan Liga Juara-Juara langkah kiri apabila dikejutkan kekalahan 0-1 kepada kelab liga Croatia, Dinamo Zagreb pada Rabu.

Pada perlawanan Kumpulan E di Stadium Maksimir, Zagreb itu, jaringan minit ke-13 babak pertama Mislav Orsic sudah cukup membolehkan tuan rumah mengutip tiga mata penting dalam saingan tersebut.

Ini merupakan kekalahan ketiga Chelsea daripada 19 penampilan edisi Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Basel (2013/14) dan Valencia (2019/20).

Kemenangan itu juga menyaksikan kelab kendalian Ante Cacic mengalahkan empat kelab dari London iaitu Arsenal, Tottenham Hotspur, West Ham United dan Chelsea, sekali gus pasukan kedua melakukannya selepas gergasi Serie A, Juventus sebelum ini.

Ini juga merupakan kemenangan kedua kelab Croatia ke atas kelab Inggeris di Liga Juara-Juara, selepas menewaskan Arsenal pada September 2015.

Sementara itu, pengendali Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan The Blues tidak mempunyai keazaman tinggi untuk memenangi perlawanan tersebut.

Malah tegasnya, para pemain kelab London itu tidak langsung mempamerkan 'selera tinggi' ke atas skuad Cacic berkenaan.

"Saya tidak tahu dari mana datangnya persembahan hari ini. Kekurangan keazaman dan intensiti untuk benar-benar melakukan perkara yang kita perlukan pada tahap tertinggi. Kita jelas tidak berada di tempat pasukan ini mahukan...

Artikel Berkaitan:

"Saya marah dengan persembahan kami... Ia tidak cukup tepat, ia tidak cukup klinikal, ia tidak cukup agresif terhadap bola, ia tidak cukup tekad. Ia tidak cukup baik secara individu, ia tidak cukup baik sebagai satu pasukan," kata Tuchel.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!