Pekerja maut tersepit antara kren, besi penghadang

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit antara kren dan penghadang besi di sebuah kilang di Taman Perindustrian Tanjung Pelepas pada Selasa. - Foto bomba
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit antara kren dan penghadang besi di sebuah kilang di Taman Perindustrian Tanjung Pelepas pada Selasa. - Foto bomba
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang pekerja maut akibat tersepit di antara kren dan penghadang besi di sebuah kilang di Taman Perindustrian Tanjung Pelepas di sini pada Selasa.

Mangsa merupakan warganegara Nepal dikenali Das Chandan Kumar, 20, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazran Omar berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.50 petang, seramai 11 anggota dan sebuah jentera serta satu utiliti Hilux ke lokasi kejadian.

"Mangsa didapati tersepit di antara kren dan penghadang besi sewaktu anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

"Anggota bertindak menggunakan peralatan khas 'Rescue Cutter'. Pemeriksaan dilakukan pegawai perubatan di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!