AS lapor lebih 20,000 kes cacar monyet

Orang ramai menunggu untuk mendapatkan vaksin cacar monyet di pusat vaksinasi di Brooklyn. - Foto Kena Betancur/AFP
Orang ramai menunggu untuk mendapatkan vaksin cacar monyet di pusat vaksinasi di Brooklyn. - Foto Kena Betancur/AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) melaporkan lebih 20,000 kes jangkitan cacar monyet setakat ini.

Sebanyak 20,733 kes cacar monyet telah dilaporkan di seluruh negara setakat Selasa, lapor Xinhua.

California merekodkan angka jangkitan paling tinggi dengan 3,833 kes diikuti New York (3,526) dan Florida (2,126).

Setakat ini AS merekodkan kadar jangkitan cacar monyet tertinggi di dunia.

Pentadbiran Presiden Joe Biden berdepan kritikan susulan lambat bertindak balas terhadap wabak cacar monyet, termasuk kegagalan memesan vaksin yang mencukupi, mempercepatkan rawatan dan menyediakan ujian untuk mengelakkan wabak itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!