KDEBWM gerak aset hadapi kemungkinan banjir

Ahmad Rizal (dua dari kanan) menanam pokok bakau pada Program Penanaman Pokok Bakau KDEBWM, LHDN dan Jabatan Perhutanan Selangor di Hutan Simpan Kuala Bernam, Teluk Rhu Sungai Apong di sini pada Rabu.
Ahmad Rizal (dua dari kanan) menanam pokok bakau pada Program Penanaman Pokok Bakau KDEBWM, LHDN dan Jabatan Perhutanan Selangor di Hutan Simpan Kuala Bernam, Teluk Rhu Sungai Apong di sini pada Rabu.
A
A
A

SABAK BERNAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) menggerakkan sebanyak 1,100 aset jentera bagi menghadapi kemungkinan banjir besar yang dijangka melanda Selangor pada November depan.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM, Ahmad Rizal Mohd Daud berkata, jentera berkenaan akan digunakan di beberapa kawasan tumpuan berlakunya banjir terutama di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Jelas beliau, jumlah aset sedia ada itu tidak termasuk penggunaan jengkaut dengan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Aset jentera ini penting untuk digerakkan ke lokasi kerana apabila banjir melanda sudah tentu jumlah kutipan sampah lebih tinggi," katanya pada sidang akhbar selepas Program Penanaman Pokok Bakau KDEB Waste Management (KDEBWM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Perhutanan Selangor di Hutan Simpan Kuala Bernam, Teluk Rhu Sungai Apong di sini pada Rabu.

Menurut Ahmad Rizal, selain tumpuan pelaksanaan kerja kutipan sampah, KDEBWM turut menjalankan pemeriksaan saliran longkang tersumbat.

Ahmad Rizal
Ahmad Rizal

Beliau memberitahu, turut bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyelaraskan pusat pengumpulan sampah banjir di seluruh negeri ini.

"Kami mahu pusat pengumpulan ketika banjir tahun lalu dikekalkan di lokasi sama berikutan faktor jarak kawasan lebih dekat sekali gus memudahkan pelaksanaan operasi kutipan sampah," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semua saliran longkang dan parit yang tersumbat akibat sampah turut diperiksa pihaknya.

"Selain itu, kita bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi banjir di Selangor," katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ogos lalu meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan bermula pertengahan November depan yang membawa kepada banjir besar.

Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu dijangka memberi impak lebih signifikan kerana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan turut menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!