'Tengok TFC sekarang, terbayang Terengganu 2011'

Pemain TFC menjalani latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebagai persiapan perlawanan akhir Piala FA, menentang JDT, Sabtu ini. - Foto Bernama.
Pemain TFC menjalani latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebagai persiapan perlawanan akhir Piala FA, menentang JDT, Sabtu ini. - Foto Bernama.
A
A
A

BEKAS pemain, Ahmad Nordin Alias menyifatkan Terengganu FC (TFC) ketika ini adalah jelmaan kepada skuad yang menjulang Piala FA 2011 ketika menewaskan Kelantan pada aksi final 11 tahun lalu.

Beliau berkata, skuad bimbingan Nafuzi Zain tersebut seakan-akan sama dengan pasukan pada masa itu dibarisi pemain berkualiti sama ada kesebelasan utama atau di bangku simpanan.

“Tengok TFC sekarang, saya terbayang pasukan Terengganu musim 2011. Bezanya ketika ini ada pemain import, namun waktu itu semua pemain tempatan.

“Kesebelasan utama dan pemain simpanan pula, tidak ada yang berbeza sebab sesiapa pun diturunkan akan beri yang terbaik.

“Sama macam 2011, jurulatih pun amat susah nak pilih siapa yang akan bermain sebab adanya persaingan sihat dalam kalangan pemain,” katanya.

Nordin adalah antara nama yang tetap diingati apabila menjadi wira pasukan selepas menjaringkan gol kemenangan

Terengganu pada masa tambahan untuk menjulang trofi Piala FA 2011 menewaskan Kelantan 2-1.

Mengimbau kenangan manis waktu itu, dia menyifatkan semangat perjuangan pasukan menjadi faktor kejayaan meskipun pada awalnya ketinggalan 0-1.

Artikel Berkaitan:

Walaupun Nordin tidak beraksi dalam kesebelasan utama, namun dia sentiasa mencari peluang untuk membantu

pasukan sebaik sahaja dimasukkan dan akhirnya berjaya meledak gol.

“Masa hari perlawanan, saya ada bergurau dengan kawan (Wan Aliff Jasmi). Kalau dapat jaringkan gol, saya nak pusing satu stadium.

“Malam itu, tak sangka dapat gol dan saya pusing separuh stadium. Selepas itu saya terus menuju ke arah kawan (Wan Aliff).

“Sebelum itu berasa kecewa tengok penyokong sudah mula balik bila kita ketinggalan, tetapi saya ada dengar suara di belakang iaitu kapten Marzuki Yusof bagi semangat untuk terus bermain selagi wisel tak dibunyikan.

“Kami terus berjuang dan akhirnya kejayaan memihak pasukan untuk muncul sebagai juara,” katanya.

Justeru Nordin berharap TFC dapat menjadikan aksi final Piala FA 2011 sebagai motivasi untuk berjuang sehingga wisel penamat menjelang aksi final menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Bukit Jalil, Sabtu ini.

“Kita tahu JDT di tahap yang tinggi, tetapi untuk final ini berbeza. Saya rasa ia akan menjadi final paling menarik,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!