BAM tubuh skuad elit junior
PENUBUHAN skuad elit junior merupakan pendekatan proaktif Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mempercepatkan perkembangan para pemain remaja negara.
Menurut Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, skuad ini melibatkan 14 pemain muda dengan purata umur antara 16 hingga 18 tahun.
Jelasnya, para pemain ini akan dihantar menyertai kejohanan peringkat senior seperti yang dipraktikkan India, Thailand dan Korea Selatan.
“Walaupun para pemain ini peringkat junior, mereka ini akan tetap didedahkan dengan kejohanan peringkat senior.
"Ini membolehkan kita tidak hanya mempunyai pemain senior dan profesional, tetapi juga pemain junior yang berdaya saing," katanya di Akademi Badminton Malaysia (BAM), pada Rabu.
Kem perseorangan lelaki dibarisi Justin Hoh; Eogene Ewe; Jan Jireh Lee; Muhammad Faiq Haziq.
Sementara kem perseorangan wanita pula melibatkan Ong Xin Yee; Carmen Ting; Siti Zulaikha Azmi dan Ung Yi Xing.
Kem beregu lelaki disertai Bryan Goonting; Choi Jian Sheng; Aaron Tai dan Kang Khai Xing manakala beregu wanita pula Vannee Gobi dan Clarissa San.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!