Warga emas maut digilis lori

Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Yong-Ayer Hitam, Batu Pahat, pada Rabu
Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Yong-Ayer Hitam, Batu Pahat, pada Rabu
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh daripada motosikal diboncengnya sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam dekat sini, pada Rabu.

Kemalangan tersebut mengakibatkan wanita berusia 66 tahun itu yang beralamat di Simpang Renggam maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan kejadian berdekatan kawasan Parit Hamid itu pada jam 11 pagi.

"Siasatan mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah sama iaitu dari Ayer Hitam menuju Batu Pahat.

"Semasa membonceng mangsa telah terjatuh di atas bahu jalan sebelum dirempuh lori yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.

"Wanita itu terjatuh dipercayai selepas hilang imbangan kerana sebelah kakinya kudung," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, bagaimanapun suami wanita tersebut yang berusia 64 tahun iaitu penunggang motosikal tersebut serta pemandu lori berkenaan terselamat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!