Ringgit pulih, dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
RINGGIT pulih semula selepas mencatatkan kerugian semalam dan dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini.

Ini ialah kerana nilai yang rendah ekoran kemerosotan baru-baru ini telah mendorong para pelabur untuk kembali kepada mata wang sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4990/5020 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.5020/5040.

Seorang penganalisis berkata, pelabur juga optimis dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis yang mengunjurkan bank pusat itu akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) lagi.

"Pada pendapat saya, BNM akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi kepada 2.50 peratus untuk mengatasi kenaikan kadar inflasi, yang berada pada 4.4 peratus pada Julai lalu,” katanya.



Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Artikel Berkaitan:


Unit tempatan itu menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2001/2029 daripada penutup Rabu 3.1990/2009, lemah berbanding pound Britain pada 5.1792/1827 daripada 5.1723/1746 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.4932/4961 daripada 4.4615/4635 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun menjadi 3.1204/1229 daripada 3.1238/1254 semalam. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!