Richarlison pacu kemenangan Spurs

Richarlison (kiri) meraikan kejayaannya menyumbat dua gol ketika bantu Spurs tewaskan Marseille.
Richarlison (kiri) meraikan kejayaannya menyumbat dua gol ketika bantu Spurs tewaskan Marseille.
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte memuji aksi yang ditampilkan penyerangnya, Richarlison yang menjadi kunci kepada kemenangan pasukannya ketika melakar kemenangan 2-0 ke atas Marseille awal pagi Khamis.

Menurut Conte, tindakan pemain Brazil yang menangis kegembiraan ketika meraikannya bersama keluarga di tempat penonton selepas wisel penamat memperlihatkan bahawa betapa besar ertinya gol yang dijaringkannya pemain tersebut.

"Saya masih ingat apabila Richarlison menandatangani kontrak bersama kami dan dia berkata; "Saya tidak sabar untuk bermain di Liga Juara-Juara dan mendengar lagu rasminya".

"Apabila seorang pemain berkata sedemikian, ia bermakna dia mempunyai keinginan yang besar dan kemahuan yang hebat," jelas Conte.

Pada aksi tersebut, Spurs memanfaatkan sepenuhnya kelebihan bermain dengan lebih satu pemain selepas tonggak Marseille, Chancel Mbemba dilayangkan kad merah kerana mengasari Son Heung-min pada awal babak kedua.

Ia membuka peluang buat Richarlison meraih perhatian apabila pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan gol ketika saingan berbaki 14 minit dan meledak sekali lagi lima minit kemudian.

Untuk rekod, Spurs masih belum tewas dalam tujuh pertama pertama mereka di semua kejohanan musim ini, tatkala Conte ketika ini masih bergelut untuk menggunakan segala kelebihan mereka bagi mendapatkan keputusan yang lebih bagus.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!