Jambatan Bailey rosak akibat banjir di Kampung Iboi, Baling
08 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 8 SEPTEMBER 2022
Jambatan Bailey yang dipasang di Kampung Iboi, Baling berganjak lebih dua meter dari kedudukan asal akibat dilanda arus deras dalam kejadian banjir kali ketiga di Kupang, Baling, Kedah pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata, berikutan itu, jambatan yang menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi itu ditutup untuk semua kenderaan berikutan mengalami kerosakan struktur serta dikhuatiri tidak selamat digunakan.
Menurutnya, jambatan itu berganjak lebih dua meter daripada kedudukan asal selain permukaan lantai jambatan juga terjejas.
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa