Terbuka AS: Tiafoe teruskan mimpi indah

Tiafoe meraikan kejayaannya mara ke separuh akhir Terbuka AS.
Tiafoe meraikan kejayaannya mara ke separuh akhir Terbuka AS.
A
A
A

MIMPI indah pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Frances Tiafoe di Terbuka AS berterusan selepas mengesahkan tempat di separuh akhir dalam usahanya menjadi pemain Afrika-America pertama memenangi Terbuka AS dalam tempoh 54 tahun.

Pemain berusia 24 tahun yang sebelum ini beraksi cemerlang apabila menyingkirkan Rafael Nadal tidak berdepan masalah untuk menumpaskan pilihan kesembilan dari Rusia, Andrey Rublev di suku akhir.

Tiafoe mengesahkan kemenangan 7-6 (7/3), 7-6 (7/0), 6-4 ke atas Rublev dan menyaksikan pilihan ke-22 itu di landasan tepat untuk menjadi pemain lelaki kulit hitam pertama memenangi Terbuka AS sejak Arthur Ashe pada 1968.

"Setiap kali saya menang, saya hanya mahu memberi inspirasi kepada sekumpulan orang untuk mengetahui bahawa segala-galanya mungkin.

"Pada akhirnya saya suka kerana Frances Tiafoe membuatkan ramai golongan bermain tenis,” ujarnya.

Menanti Tiafoe di separuh akhir nanti adalah pemenang satu lagi aksi suku akhir yang melibatkan wakil Itali, Jannik Sinner menentang Carlos Alcaraz dari Sepanyol.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!