Letupan bom di kediaman menteri Lubnan

Sebutir bom dilaporkan meletup di kawasan kediaman Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Lubnan, Ali Hamieh pada Khamis.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Sebutir bom dilaporkan meletup di kawasan kediaman Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Lubnan, Ali Hamieh pada Khamis.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

BEIRUT - Sebutir bom dilaporkan meletup di kawasan kediaman Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Lubnan, Ali Hamieh pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Sebutir bom yang diikat pada wayar elektrik meledak di kawasan taman di kediaman Hamieh di kampung halamannya di Baalbek, timur Lubnan, menurut Agensi Berita Lubnan.

Pejabat media menteri memaklumkan bahawa "agensi keselamatan sedang memeriksa lokasi berkenaan," tanpa mendedahkan sebarang kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.

Pihak berkuasa Lubnan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu atau mana-mana pihak yang disyaki bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!