Hibah TH, rakyat mula hilang kepercayaan: UMNO

Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail
Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail
A
A
A

MACHANG - Pengumuman agihan hibah Lembaga Tabung Haji (TH) sebanyak 1.25 peratus bukan sahaja mengecewakan pendeposit tetapi turut menyebabkan institusi itu hilang kepercayaan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail berkata, agihan hibah paling rendah dalam sejarah tersebut mampu membentuk gelombang rakyat yang akan memberi kesan kepada kepimpinan TH.

Katanya, sebagai institusi terbesar orang Islam, TH sepatutnya dijaga dengan sebaik mungkin oleh anggota kabinet kerajaan yang beragama Islam.

"Bukan mahu membesarkan api yang telah menyala ketika ini, namun saya percaya Tabung Haji bakal hilang pendeposit mereka apabila pendeposit ini sudah hilang kepercayaan terhadap pengurusan Tabung Haji yang baharu.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan ini adalah strategi pihak tertentu untuk melemahkan institusi yang kita percayai sejak berpuluh tahun, yang mana jasa TH bagi umat Islam begitu besar dan juga turut dipercayai serta diiktiraf oleh masyarakat dunia," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Hibah TH pada kadar 1.25 peratus

ARTIKEL BERKAITAN: Pendeposit dijangka pindahkan wang ke pelaburan lain

Semalam, kerajaan mengumumkan Lembaga Tabung Haji memberi hibah sebanyak 1.25 peratus membabitkan agihan sebanyak RM913 juta untuk 2018.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof pada majlis taklimat prestasi TH di Putrajaya.

Tambah Mohd Fakaaruddin, ia juga memberi isyarat kepada rakyat tentang kecelaruan yang berlaku dalam kepimpinan kerajaan hari ini dalam mentadir negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!