Redmond hampiri Besiktas

Nathan Redmond -Foto: AFP
Nathan Redmond -Foto: AFP
A
A
A

PEMAIN sayap Southampton, Nathan Redmond hampir meninggalkan The Saints untuk bersama kelab Liga Turki, Besiktas, kata pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu, Ralph Hasenhuettl.

Bekas penyerang Norwich City itu sebelum ini menghabiskan enam tahun terakhir di St Mary's dengan menjaringkan 30 gol, 27 bantuan gol dalam lebih 200 penampilan bersama The Saints.

“Ia satu perubahan yang baik untuknya selepas enam tahun, mungkin masa untuk mendapatkan sesuatu yang baharu bagi karier bola sepaknya.

“Kami mempunyai masa yang hebat bersama... hampir empat tahun dengan banyak detik yang sangat baik, ada juga yang tidak begitu baik, tetapi saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengannya hingga ke akhirnya.

“Dia menunjukkan profesionalismenya pada saat-saat seperti itu dan saya tidak sabar untuk melihatnya menjaringkan gol di sana dan bermain permainan yang baik,” kata Hasenhuettl.

Perpindahan itu akan menyaksikan Redmond bergabung dengan pemain tengah Everton, Dele Alli yang berpindah ke Besiktas secara pinjaman untuk musim ini.

Southampton berada di tangga ke-12 liga selepas dua kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan musim ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!