AS-China rebut tempat mendarat di bulan

AS dan China mempunyai tempat pendaratan yang sama di kutub selatan bulan yang dijangka berlaku pada beberapa tahun akan datang. - Foto AFP
AS dan China mempunyai tempat pendaratan yang sama di kutub selatan bulan yang dijangka berlaku pada beberapa tahun akan datang. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menggesa China untuk bersikap terbuka dan telus dengan misi bulannya ekoran terdapat persamaan tempat pendaratan angkasawan masing-masing di bulan pada masa depan.

"Sama seperti Kutub Selatan di bulan adalah kepentingan saintifik kepada NASA, ia juga menarik minat saintifik kepada negara lain, jadi pertindihan di kawasan pendaratan dijangkakan," kata agensi angkasa lepas itu memberitahu DailyMail.com baru-baru ini.

Pada awal bulan ini, NASA mengenal pasti sebanyak 13 tapak pendaratan berpotensi untuk misi angkasawan AS dalam program Artemis 3 yang dijadualkan dilakukan pada akhir tahun 2025.

Dalam artikel di sebuah jurnal China sebanyak 10 buah tempat yang mungkin menjadi tapak pendaratan di kutub selatan bulan.

Dalam program Artemis 3 dan misi ke bulan China yang dikenali sebagai Chang'e-7, kedua-duanya mengenal pasti tapak pendaratan berhampiran kawah Shackleton, Haworth dan Nobile sebagai zon pendaratan yang berpotensi.

"Kami akan terus berkongsi rancangan kami dengan dunia seperti yang kami mampu dan berharap negara lain akan berkongsi rancangan mereka dengan kami.

"Kami menggalakkan ketelusan dan penerokaan angkasa lepas secara aman, mengikut prinsip Perjanjian Artemis dan Perjanjian Angkasa Lepas," kata NASA. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!