Covid-19: 2,224 kes baharu, lapan kematian direkod

Sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19. - Foto 123RF
Sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,224 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lapan kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dengan satu daripadanya merupakan kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,270 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 27,400 kes dengan 26,045 atau 95.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 14 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 1,277 pesakit ditempatkan di hospital dengan 64 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, seramai 38 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 26 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh yang direkodkan pada Khamis ialah 1,894 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,735,993.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!