HWC Coffee kini boleh didapati di Pavilion Bukit Jalil
KUALA LUMPUR - Jenama kopi dari Taiwan, HWC Coffee yang semakin mendapat tempat di kalangan penggemar kopi tempatan membuka cawangan kelapannya di Pavilion Bukit Jalil.
Ketua Pegawai Eksekutif Palaterium Sdn Bhd, Zenda Ng berkata, ia menjadi detik istimewa buat syarikat, apabila berjaya membuka signature store pertama selepas beroperasi secara kiosk sejak diperkenakanl di Malaysia pada 2021.
Mengimbas kembali penubuhannya, Zenda berkata, kiosk HWC Coffee pertama dibuka di pusat beli belah 1 Utama pada April lalu disusuli Sunway Putra Mall, Sunway Velocity, Aeon Taman Maluri, SS15 Subang Jaya, Avenue K dan IPC Shopping Centre.
"Pembukaan cawangan baharu di Pavilion Bukit Jalil merupakan sebahagian perancangan strategik untuk membuka 15 cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
"HWC Coffee juga meletakkan sasaran menembusi pasaran Brunei pada tahun hadapan disamping mempergiatkan pembukaan kiosk di seluruh negara," katanya pada pelancaran Signature Store HWC Coffee yang berada di P2.24.01, Pavilion Bukit Jalil pada Khamis.
Para tetamu yang hadir pada hri majilis adalah, Pengasas Subplace, KC Hoe, Penasihat Pemasaran HWC, Sam Mak, Ketua Pegawai Operasi Palaterium Sdn Bhd, Penny Chan, Pengarah Esplanade F&B Sdn Bhd, Raymond Goh, Vincent Chin, Ian Chin, Zenda Ng, Pengurus Pemasaran HWC, Edmund Lai.
Pada majlis sama, HWC Coffee turut memperkenalkan biji kopi specialty terbaru mereka iaitu Neroli yang merupakan seratus peratus biji kopi Arabica.
Beliau berkata, HWC Coffee berjaya mendapat tempat buat penggemar kopi dalam negara kerana kualiti jenama itu diiktiraf oleh pakar kopi antarabangsa.
"Keenakan kopi Neroli dengan aroma bunga chamomile dan ros yang menyegarkan memberikan kelazatan luar biasa bagi sesiapa yang menikmatinya.
"Coffee Review iaitu sebuah badan yang mempunyai kepakaran dalam dalam analisa dan ulasan kualiti kopi dari seluruh dunia telah memberikan penilaian sebanyak 93 mata daripada 100 mata kepada biji kopi Neroli," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!