LTDL 2019: Laluan dari Senawang ke Melaka ditutup berperingkat esok

Seramai 131 pelumba basikal mewakili 22 pasukan berstatus jelajah profesional dunia, profesional benua dan pasukan kebangsaan bakal memberikan saingan sengit pada edisi kali ini yang akan meliputi jarak keseluruhan perlumbaan sejauh 1,225.8 kilometer. -Foto Bernama
Seramai 131 pelumba basikal mewakili 22 pasukan berstatus jelajah profesional dunia, profesional benua dan pasukan kebangsaan bakal memberikan saingan sengit pada edisi kali ini yang akan meliputi jarak keseluruhan perlumbaan sejauh 1,225.8 kilometer. -Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Beberapa jalan dari Senawang, Negeri Sembilan ke Melaka akan ditutup secara berperingkat esok bagi memberi laluan kepada perlumbaan berbasikal peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019.

Penganjur LTdL 2019, The Orange Tree Consultancy Sdn Bhd dalam kenyataannya berkata perlumbaan sejauh 200.6 kilometer (km) itu akan bermula di Bandar Prima Senawang, Negeri Sembilan dan berakhir di Dataran Pahlawan, Melaka.

Menurut kenyataan tersebut, di Negeri Sembilan, laluan di sepanjang Bukit Putus-Kuala Pilah-Jalan Juasseh-Jalan Bahau-Jalan Rompin akan ditutup kepada semua kenderaan bermula 6.30 pagi hingga 2.45 petang.

"Laluan di sepanjang Jalan Gemencheh-Bukit Rokan-Johol-Bukit Miku hingga Kota pula akan ditutup bermula 7 pagi hingga 7.30 malam secara berperingkat,” kata kenyataan itu.

Di Melaka pula, sepanjang laluan dari Lebuh AMJ-Alor Gajah-Cheng-Peringgit-Jalan Taming Sari-Jalan Bendahara-Jalan Laksamana dan Jalan Merdeka yang terlibat dengan laluan perlumbaan itu akan ditutup secara berperingkat dari 7 pagi hingga 7.30 malam.

Orang ramai serta peminat sukan berbasikal yang ingin menyaksikan atau menyertai aktiviti sampingan dinasihatkan supaya membuat perancangan awal dan menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.ltdlangkawi.my atau media sosial Facebook, Twitter dan Instagram @ltdlangkawi

LTdL 2019 yang bermula hari ini di Kuala Lumpur dan berakhir di Langkawi pada 13 April ini, turut melalui laluan di beberapa negeri lain selama lapan hari antaranya Selangor, Johor, Pahang dan Pulau Pinang.

LTdL 2019 menawarkan empat kategori jersi yang bakal menjadi rebutan iaitu juara Keseluruhan (jersi kuning), Raja Bukit (jersi merah), Raja Pecut (jersi hijau) dan Juara Asia (jersi putih), selain Pasukan Terbaik
Artikel Berkaitan:


Keseluruhan dan Pasukan Terbaik Asia sepanjang jelajah lapan peringkat meliputi jarak keseluruhan 1,225.8km. -Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!