Polis nafi kejadian culik kanak-kanak lelaki di pusat tuisyen

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menafikan berlaku kejadian penculikan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah pusat tuisyen seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil semakan mendapati pesanan mesej yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di daerah ini adalah palsu dan tiada sebarang laporan dibuat mengenai insiden itu.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kanak-kanak berusia sembilan tahun itu berada di rumah bersama bapanya.

"Hal ini (perbuatan penyebaran mesej) dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.

"Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan.

Kamarul Zaman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan menyebarkan dakwaan sedemikian yang diperoleh daripada sumber tidak sahih. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!