'Bekal mahasiswa ilmu hadapi ketidaktentuan masa depan'

Al-Sultan Abdullah berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Dr Normah semasa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-94 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini pada Sabtu.
Al-Sultan Abdullah berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Dr Normah semasa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-94 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, agar mahasiswa dan generasi muda negara dibekalkan ilmu dan pendidikan untuk menghadapi ketidaktentuan masa hadapan.

Baginda bertitah, golongan tersebut perlu mahir dengan penggunaan teknologi terkini bukan sekadar digunakan untuk bersosial, tetapi bagi membuka ruang dan mencipta masa hadapan buat negara dan diri sendiri.

Titahnya, ilmu yang diraih itu akan membolehkan anak muda mengenal antara kebaikan dan kemungkaran.

"Dalam membina sebuah negara progresif, anak muda negara juga hendaklah dihindarkan daripada pemikiran regresif.

"Beta yakin, apabila lebih ramai rakyat Malaysia yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan pendidikan, nescaya kita akan menjadi lebih bijaksana dalam membuat sebarang keputusan serta tindakan.

"Dengan itu juga, negara kita akan terus melangkah dengan lebih yakin dan berani, menjadi sebuah negara maju dan dihormati dunia," titahnya.

Baginda bertitah demikian semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-94 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini pada Sabtu.

Al-Sultan Abdullah bertitah semasa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-94 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini pada Sabtu.
Al-Sultan Abdullah bertitah semasa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-94 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Turut berangkat hadir, Pro-Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-94 kali ini menyaksikan seramai 23,359 graduan menerima sijil penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah, ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.

Istiadat konvokesyen berkenaan diadakan secara bersemuka di UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak dan UiTM Cawangan Sabah bermula 10 hingga 29 September ini.

Konvokesyen UiTM kali ini turut menyaksikan penganugerahan kurnia gelaran Profesor Emeritus kepada Dr Normah Omar atas sumbangan dan kepakarannya dalam bidang Kriminologi Kewangan Islam.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!