Ratu Elizabeth II mangkat: India turut berkabung

Pelajar Sekolah Seni Gurukul memberi penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth II dengan melukis gambar baginda, di Mumbai, India pada Jumaat. - Foto EPA
Pelajar Sekolah Seni Gurukul memberi penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth II dengan melukis gambar baginda, di Mumbai, India pada Jumaat. - Foto EPA
A
A
A

NEW DELHI - India mengisytiharkan 11 September sebagai hari perkabungan negara susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar India pada Jumaat.

"​Pada 11 September (Ahad) bendera India akan dikibarkan separuh tiang di semua bangunan kerajaan dan tiada sebarang acara hiburan akan diadakan," menurut kenyataan itu lapor Sputnik.

Selain itu semua acara sempena Hari Kebangsaan Gibraltar iaitu sambutan referendum kedaulatan pertama pada 1967 akan dibatalkan.

Menurut kenyataan itu sebagai tanda penghormatan, tembakan meriam 96 das juga akan diadakan.

Kenya dan Emiriah Arab Bersatu juga dilaporkan mengisytiharkan hari perkabungan dari 9 hingga 12 September.

Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel berkata, negara ini juga akan berkabung bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam pada 9 September.

Kuwait, Brazil dan ‘Commonwealth realm’ yang lain turut akan berkabung.

Sementara itu, Ratu Margrethe II dari Denmark turut membatalkan beberapa acara yang sepatutnya diadakan sempena ulang tahun ke-50 pemerintahannya.

Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis.

Baginda ialah raja kedua paling lama menduduki takhta dalam sejarah Eropah selepas Raja Perancis Louis XIV. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!