Hibah: Jangan salahkan kerajaan dahulu

Mohd Amar menyampaikan Anugerah Istiqamah kepada muslimat Pas di majlis tersebut.
Mohd Amar menyampaikan Anugerah Istiqamah kepada muslimat Pas di majlis tersebut.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan PH tidak sepatutnya menyalahkan kerajaan terdahulu yang menyebabkan penurunan kadar hibah Tabung Haji kali ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hampir semua masalah yang timbul ketika ini dikaitkan dengan kerajaan terdahulu dan ia boleh memberi kesan kepada pemikiran rakyat secara tidak langsung.

“Ini satu sikap yang kurang baiklah. Apabila kita ambil alih kerajaan, apa masalah pun kita kena tanggung. Macam kita dululah, Pas ambil Kelantan, apa sahaja masalah, kita tanggung.

“Tidak akan selesai sesuatu masalah itu jika kita hanya mampu mengungkit dan menuding jari. Sepatutnya mereka carilah jalan penyelesaian, baiki keadaan dan beri pulangan yang lebih baik dari kerajaan sebelum ini,” katanya kepada media di sini.

Beliau hadir merasmikan Muktamar Tahunan Muslimat Pas Kelantan ke-46 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini.

Menurutnya, isu yang berlaku kepada Tabung Haji tersebut adalah terlalu teknikal dan mungkin orang awam tidak mudah untuk memahaminya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!