PRU15: Senarai calon BN Sabah dah ada, akan hantar kepada Ahmad Zahid

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama barisan kepimpinan dan jentera BN negeri itu selepas merasmikan Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Kota Belud serta Tuaran, di Dewan Masyarakat Tun Said, pada Sabtu.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama barisan kepimpinan dan jentera BN negeri itu selepas merasmikan Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Kota Belud serta Tuaran, di Dewan Masyarakat Tun Said, pada Sabtu.
A
A
A
KOTA BELUD - Barisan Nasional (BN) Sabah sudah mengenal pasti senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk dihantar kepada kepimpinan tertinggi.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, bahagian-bahagian sudah menghantar calon masing-masing dan kini proses menghantar senarai tersebut kepada Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ditanya mengenai pemilihan calon sama ada ditentukan UMNO Pusat, Bung berkata, ia ditentukan oleh BN Sabah sendiri.

"Sebenarnya, yang memilih calon ini adalah BN Sabah, bukan dari Kuala Lumpur (BN,UMNO Pusat). Pada lazimnya yang memberi watikah itu Pengerusi BN. Jadi, jangan bimbang, memang kita yang pilih calon.

"Untuk penempatan calon, kami sudah kenal pasti tetapi saya belum boleh dedahkan ketika ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Kota Belud dan Tuaran, di Dewan Masyarakat Tun Said, pada Sabtu.



Sementara itu bercakap mengenai kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Bung Moktar berkata, pihaknya cuba untuk bekerjasama dengan gabungan tersebut bagi memastikan pertembungan antara kerusi dapat dielakkan pada PRU15.

"Rundingan masih diteruskan dan akan diselesaikan apabila tiba masanya nanti.

"Perbincangan dilaksanakan melalui jawatankuasa khas yang diwujudkan bagaimanapun belum dimuktamadkan sebab kami akan melihat sokongan rakyat di peringkat bawah.

"Sebab kalau kita mahu berkongsi dengan mana-mana pihak, sudah tentu kita mesti kekuatan. Kalau tidak ada kekuatan, orang lain tidak mahu berkerjasama dengan kita," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!