Gempa kuat landa Papua New Guinea, cetus amaran tsunami
MOSCOW - Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter menggegarkan Papua New Guinea pada Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa bumi berlaku pada kedalaman 61.4 kilometer (km) dan 67 km dari timur Kainantu, sebuah bandar di timur Papua New Guinea.
Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran ancaman berikutan gempa bumi itu, lapor Sputnik.
"Gelombang tsunami berkemungkinan melanda sekitar 1,000 km dari pusat gempa di sepanjang pantai Papua New Guinea dan Indonesia," menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS.
Dua gempa bumi lemah berlaku di barat daya bandar Pariaman, Indonesia dipercayai mencetuskan gempa bumi kuat itu.
Tiada kerosakan dilaporkan setakat ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!