'Saya tak tumpang aura pemimpin lain'

Calon PH bagi PRK DUN Rantau, Dr S Streram menyantuni penduduk setempat ketika program walkbout di Rumah Rakyat Nyatoh hari ini - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
Calon PH bagi PRK DUN Rantau, Dr S Streram menyantuni penduduk setempat ketika program walkbout di Rumah Rakyat Nyatoh hari ini - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A
SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram menafikan beliau terpaksa 'menumpang' aura kepimpinan utama parti untuk membantu dirinya berkempen.

Menurut pakar bius itu, sambutan hebat yang diberikan penduduk tempatan setiap kali turun berkempen jelas membuktikan beliau dikenali ramai.

"Siapa kata saya tidak ada aura. Saya ada aura saya sendiri. Jadi tidak betul kalau katakan saya terpaksa tumpang populariti pemimpin tertinggi.

"Menjadi perkara biasa pemimpin-pemimpin utama parti turun untuk bantu kempen. Malah BN pun gunakan cara yang sama bawa semua pemimpin luar," katanya pada program tinjauan mesra di Taman Rakyat Nyatoh di sini, hari ini.

Tambahnya, adalah tidak adil mengatakan beliau terpaksa menumpang aura pemimpin tertinggi ketika berkempen dan menggambarkan seolah-olah beliau tidak mempunyai kelebihan sendiri.

"Kalau dari segi ketokohan kita tahu Datuk Seri Mohamad Hasan lebih mendahului kerana beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO.

"Tetapi masih ramai juga pemimpin-pemimpin besar yang turun membantu beliau berkempen. Jadi ini bukan satu isu yang perlu diperbesarkan,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!