Imran Khan rancang protes, desak pilihan raya baharu Pakistan

Imran Khan
Imran Khan
A
A
A

NEW DELHI - Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan pada malam Sabtu memberi amaran akan mengadakan protes jalanan di seluruh negara dalam tempoh beberapa hari akan datang jika kerajaan tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum baharu.

Imran berkata lawannya "enggan" mengadakan pilihan raya kerana bimbang berdepan kekalahan.

"Jika mereka tidak bersedia mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil, maka orang ramai bersedia untuk turun ke jalan dan mengadakan bantahan secara aman.

"Kami akan memaksa mereka untuk mengadakan pilihan raya," katanya pada perhimpunan parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) di bandar Gujranwala di wilayah Punjab.

Perhimpunan itu adalah perhimpunan terakhir yang dianjurkan secara besar-besaran oleh PTI selama tiga minggu untuk menuntut "haqeeqi azadi" (kebebasan sebenar).

Demonstrasi turut diadakan di beberapa bandar, termasuk Karachi, Peshawar, Lahore dan Islamabad, pada petang Sabtu sebagai solidariti bersama bekas perdana menteri itu.

Sejak kerajaannya digulingkan pada April dalam undi tidak percaya di Parlimen, Imran telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara.

Partinya memenangi pilihan raya kecil di Punjab pada Julai. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!