Inzaghi diberi kepercayaan kemudi Inter
PENGARAH kelab gergasi Serie A, Inter Milan, Beppe Marotta menegaskan pihaknya akan terus memberikan kepercayaan kepada Simone Inzaghi untuk terus mengemudi skuad Nerazzuri biarpun tewas 0-2 kepada Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara pada Khamis lalu.
Menurut Marotta, kekalahan berkenaan perlu dilihat dari sudut positif kerana ia bakal melibatkan beberapa analisis yang perlu dibuat dalam usaha mengenal pasti punca kekalahan berkenaan.
Katanya, kesemua analisis berkenaan akan dijadikan panduan dalam usaha memperkuatkan lagi kelab berkenaan pada masa akan datang.
"Setiap kekalahan perlu dianalisis bagi mengenal pasti puncanya dan ia menjadi tanggungjawab pihak pengurusan dan jurulatih bagi memastikan keputusan positif kelak.
"Bagi saya, dia ada kualiti tersendiri dan dia dilihat mampu untuk memanfaatkan kualiti berkenaan bagi memastikan kebangkitan pasukan," katanya.
Khamis lalu, skuad Nerazzuri itu tewas 0-2 kepada Bayern pada aksi Kumpulan C, Liga Juara-Juara di San Siro.
Marotta berkata demikian bagi mengulas tindakan penyokong yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kekalahan 0-2 kepada Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara, Khamis lalu.
Malah, kekalahan berkenaan turut menyaksikan penyokong meluahkan perkara sama di laman Twitter dengan tanda pagar, #InzaghiOut.
Sementara itu, Marotta berkata, pihaknya akan terus memberikan peluang kepada Inzaghi untuk mengemudi kelab berkenaan.
"Setakat ini, Izaghi telah melaksanakan tugas dengan baik bersama Inter dan perlu terus mengemudi kelab ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!