Pemain Napoli diharap dapat suntikan semangat
KEMENANGAN 1-0 ke atas pendatang baharu Serie A, Spezia, Khamis lalu diharap dapat membantu menyuntik semangat kesebelasan Napoli menjelang aksi Liga Juara-Juara berdepan Rangers di Stadium Ibrox pada Rabu.
Menurut pengendali Napoli, Luciano Spalletti kemenangan berkenaan secara keseluruhannya menggambarkan aksi konsisten kesebelasan Napoli bagi melakar kejayaan pada setiap perlawanan yang diharungi.
Justeru katanya, aksi konsisten itu perlu berterusan ketika berdepan Rangers dan seterusnya memastikan skuad Nerazzuri membawa pulang tiga mata berharga.
"Setakat ini, Inter Milan telah menunjukkan prestasi yang baik dalam saingan Liga Juara-Juara dan ia dimulai dengan kemenangan 4-1 ke atas Liverpool minggu lalu.
"Ketika kembali ke saingan domestik, pasukan ini terus konsisten dengan mencatatkan kemenangan ke atas pendatang baharu Serie A, Spezia.
"Menjelang perlawanan dengan Rangers, kita juga mengharapkan kesebelasan pemain terus konsisten dalam usaha melakar kejayaan berterusan pada saingan Liga Juara-Juara kali ini," katanya.
Pada saingan Serie A itu, pemain Nigeria, Giacomo Raspadori meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-89 dan sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah pasukan berkenaan kepada enam perlawanan setakat ini.
Sementara itu, tanpa berselindung Spaletti mengakui sudah mula mencongak peluang bagi mencatatkan kemenangan yang lebih bermakna apabila berdepan Rangers.
Malah katanya, Raspadori juga hampir pasti berada dalam senarai kesebelasan utama dan mengetuai jentera serangan Napoli pada perlawanan berkenaan.
"Raspadori hampir pasti akan diturunkan dan matlamat kita hanya satu, iaitu untuk memenangi perlawanan dengan Rangers," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!