73 tahanan Palestin maut akibat kecuaian perubatan

Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin maut ketika berada dalam tahanan Israel akibat kecuaian perubatan sejak 1967. - Gambar hiasan
Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin maut ketika berada dalam tahanan Israel akibat kecuaian perubatan sejak 1967. - Gambar hiasan
A
A
A

RAMALLAH - Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin maut ketika berada dalam tahanan Israel akibat kecuaian perubatan sejak 1967, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan pada Sabtu.

Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa terbaharu membabitkan seorang wanita Palestin Sa’diya Farajallah yang meninggal dunia pada Jun, lapor Agensi Anadolu.

"Israel masih enggan melepaskan jenazah sembilan warga Palestin yang maut ketika dalam tahanan,” menurut kenyataan itu.

Kira-kira 600 tahanan yang ditahan menghidap pelbagai penyakit termasuk 200 menderita penyakit kronik.

"Terdapat 23 pesakit kanser dalam kalangan tahanan Israel," menurut kenyataan itu.

Menurut angka Palestin, hampir 4,550 rakyat Palestin berada dalam penjara Israel, termasuk 175 kanak-kanak, 31 wanita dan 700 tahanan yang dipenjarakan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!