Anwar jangka PRU15 pada Oktober atau November

Anwar bersalaman dengan tetamu yang hadir pada program Sesi Townhall: Pentas Interaksi Anak Muda Anjuran Anwar Ibrahim Legislative Internship (AILA) di PAUM di sini.
Anwar bersalaman dengan tetamu yang hadir pada program Sesi Townhall: Pentas Interaksi Anak Muda Anjuran Anwar Ibrahim Legislative Internship (AILA) di PAUM di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan sama ada pada akhir Oktober atau awal November.

Menurut beliau, seandainya perkara tersebut berlaku, pihaknya telah bersedia.

"Segala jentera daripada PKR telah kita gerakkan termasuk juga rundingan pembahagian kerusi Parlimen bersama dan di dalam rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) pun kita telah mulakan, banyak persefahaman telah dicapai," katanya kepada media selepas selesai program Sesi Townhall: Pentas Interaksi Anak Muda Anjuran Anwar Ibrahim Legislative Internship (AILA) di Pusat Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini.

Anwar ketika memberikan syarahan program Sesi Townhall: Pentas Interaksi Anak Muda Anjuran Anwar Ibrahim Legislative Internship (AILA) di PAUM di sini.
Anwar ketika memberikan syarahan program Sesi Townhall: Pentas Interaksi Anak Muda Anjuran Anwar Ibrahim Legislative Internship (AILA) di PAUM di sini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam masa yang sama menjelaskan seandainya Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) diterima masuk sebagai komponen dalam Pakatan Harapan (PH), pihak mereka akan membincangkan lebih lanjut mengenai struktur pengagihan kerusi.

"Walau bagaimanapun, kerusi-kerusi yang telah sedia ada dimenangi PH kini kebiasaannya tidak akan ditukar serta diberikan kepada parti lain untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," ujarnya.

Muda menerusi Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini menyatakan akan menandingi 15 kerusi Parlimen pada PRU15 akan datang susulan menyatakan kesetujuan untuk menyertai PH.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatķan kerajaan untuk tidak sewenang-wenangnya menetapkan tarikh PRU15 yang bertujuan mempercepatkannya bagi menutup kes mahkamah sesetengah pihak berkepentingan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!