Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Rasuah Busters Johor kini di setiap daerah

11 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 11 SEPTEMBER 2022

Gabungan pertubuhan bukan kerajaan Rasuah Busters Johor, terus melangkah dalam usaha memerangi rasuah dengan mewujudkan wakil dari setiap daerah, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pengerusi Rasuah Busters Johor, Azmi C Mohd berkata, setakat ini daerah yang memiliki wakil ialah Pontian, Kluang, Batu Pahat, Muar, Segamat, Mersing dan Johor Bahru.

Rasuah Busters Johor yang disertai beberapa NGO berbilang bangsa dan golongan muda menjadi bukti semangat pelbagai pihak di negeri itu untuk menentang rasuah.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #RasuahBusters #SinarHarian