GiatMARA lahir lebih 40 jutawan

Ismail Sabri berucap pada program Moh Ngeteh & Walkabout Kampungku Mahir anjuran GiatMARA di Kampung Kuala Triang pada Ahad. - Foto Bernama
Ismail Sabri berucap pada program Moh Ngeteh & Walkabout Kampungku Mahir anjuran GiatMARA di Kampung Kuala Triang pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

BERA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memuji usaha yang telah dijalankan oleh GiatMARA sehingga mampu melahirkan kira-kira 40 jutawan sejak ditubuhkan pada 1986.

Menurutnya, GiatMARA juga banyak membantu dengan memberikan peluang kepada lebih ramai anak muda mempelajari pelbagai bidang kemahiran.

"Sejak ditubuhkan, tak silap saya 400,000 lebih telah pun dilatih dan ada, tak silap saya ada 40 jutawan yang dihasil, dilahirkan GiatMARA.

"Selain menjadi antara pilihan utama pelajar lepasan sekolah, kadar kebolehpasaran pelatih GiatMARA juga sangat tinggi.

"Saya nak maklumkan di sini, GiatMARA ini 80 peratus daripada yang mengambil kursus itu dapat pekerjaaan, terlibat dalam bidang perniagaan," katanya ketika berucap pada program Moh Ngeteh dan Kampungku Mahir anjuran bersama GiatMARA di Kampung Kuala Triang di sini pada Ahad.

Ismail Sabri beramah mesra bersama sebahagian penduduk setempat yang hadir pada program Moh Ngeteh & Walkabout Kampungku Mahir anjuran GiatMARA di Kampung Kuala Triang pada Ahad. - Foto Bernama
Ismail Sabri beramah mesra bersama sebahagian penduduk setempat yang hadir pada program Moh Ngeteh & Walkabout Kampungku Mahir anjuran GiatMARA di Kampung Kuala Triang pada Ahad. - Foto Bernama

Hampir 1,000 penduduk dari Kampung Kuala Triang, Kampung Seberang Guai dan Kampung Imam Sulong tidak melepaskan peluang bertemu Ismail Sabri biarpun hujan lebat hampir setengah jam.

Ujar beliau, GiatMARA menunjukkan rekod baik apabila pelatih yang dihasilkan boleh menjalankan perusahaan sendiri selain mendapatkan pekerjaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, program Kampungku Mahir akan diperluaskan di kampung-kampung lain selepas ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sempena program tersebut antaranya baik pulih rumah, perkhidmatan menyelenggara motosikal secara percuma dan pendawaian elektrik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!