'Jangan peralat aset orang Melayu'

Din Adam
Din Adam
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kelewatan pengumuman hibah dengan kadar yang begitu rendah seolah-olah menggambarkan institusi Islam itu kini sedang diperalatkan.

Timbalan Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Din Adam berkata, hal itu mengundang pelbagai tanda tanya terutama dalam kalangan pendeposit Tabung Haji (TH).

"Hibah yg diumumkan semalam adalah yg paling terendah dalam sejarah.

"Pengumuman pula dibuat terlalu lambat. Kalau kerajaan sebelum, biasanya diumumkan pada akhir Januari," katanya.

Dalam pada itu, katanya, kelewatan pengumuman itu menimbulkan pertanyaan banyak pihak.

"Menteri berdolak-dalih dengan tarikh yang hendak diumumkan akhir Mac tetapi tidak berlaku.

"Ini mungkin ada sesuatu di sebaliknya. Tetapi, menteri berterusan menyalahkan kerajaan sebelum, apa makna semua ini?

"TH adalah aset orang Melayu Islam dan tak perlu diperalatkan untuk kepentingan sesuatu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Lembaga TH mengumumkan agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!