Anak PM Fiji ditahan di Australia kes keganasan rumah tangga
Ratu Meli Bainimarama, 35, ditahan pada Khamis di Queensland selepas polis New South Wales mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan, ABC News pada Isnin.
Beliau diekstradisi ke New South Wales pada hari yang sama dan akan menghadiri perbicaraan di mahkamah tempatan Parramatta pada akhir minggu ini.
Ratu Meli merupakan anak lelaki tunggal perdana menteri Fiji, dan tinggal di Australia menggunakan visa bukan penduduk tetap.
Polis New South Wales memaklumkan pegawainya telah memulakan siasatan selepas menerima aduan berkaitan dakwaan keganasan rumah tangga. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!