Dulu Liverpool, kini Newcastle United

Karius
Karius
A
A
A

NEWCASTLE United menandatangani penjaga gol Loris Karius dengan kontrak jangka pendek sehingga Januari termasuk pilihan untuk melanjutkan perjanjian sehingga akhir musim, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pemain berusia 29 tahun itu direkrut sebagai pengganti kepada Karl Darlow, yang diketepikan selepas mengalami kecederaan buku lali.

"Kami amat berbesar hati apabila dapat menambah Loris ke dalam kumpulan penjaga gol kami.

"Dia penjaga gol yang cukup berpengalaman di Liga Perdana Inggeris dan Eropah, akan memberikan persaingan dan sokongan dalam bahagian penting The Magpies musim ini," kata pengendali Newcastle United, Eddie Howe.

Untuk rekod, Karius tanpa kelab selepas pemain dari Jerman itu, yang melakukan kesilapan melepaskan dua gol ketika Liverpool tewas dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018 kepada Real Madrid, dilepaskan pasukan dari Merseyside tersebut.

"Ya, saya amat teruja. Ini merupakan peluang yang baik kepada saya dan projek yang hebat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Newcastle United.

"Saya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan menyahut cabaran bersama The Magpies," kata Karius.

Untuk rekod, Newcastle United yang berada di kedudukan ke-11 Liga Perdana Inggeris dijangka berdepan menentang Bournemouth minggu ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!