Virandeep sertai pasukan Kathmandu Kantipur
Virandeep Singh - Foto fail Bernama
A
A
A
Persatuan Kriket Malaysia dalam satu kenyataan hari ini menyatakan Virandeep akan mewakili pasukan Kathmandu Kantipur dalam kejohanan itu yang akan berhadapan lima lagi pasukan pada kejohanan yang diadakan buat pertama kalinya.
Virandeep, merupakan salah seorang daripada lima pemain luar selain pemain Sri Lanka Thisara Perera, DS Weerakkody, Kamindu Mendis dan Dhanahjaya De Silva akan menyertai pasukan dianggotai pemain tempatan negara itu.
"Kriket Malaysia berbangga dengan Virandeep Singh. Liga peringkat antarabangsa ini tentunya akan memberikan masa hadapan lebih baik, sesuai dengan komitmen beliau dalam sukan ini,” menurut kenyataan itu.
Tahun lepas, Virandeep menjadi rakyat Malaysia pertama tampil dalam Liga Premier Everest Nepal 2021, selepas menandatangani perjanjian bersama Chitwan Tigers dan pada Julai tahun ini pemain berusia 23 tahun itu menjadi rakyat Malaysia pertama melakukan 1,000 ‘larian’ dalam format T20 Antarabangsa.
Beliau lakukan catatan itu ketika membantu Malaysia menewaskan Maldives dengan 94 larian pada Siri Quadrangular T20I Malaysia 2022, pada Julai di Oval UKM, Bangi.
Sementara itu, ketika dihubungi Virandeep berkata, beliau berasa gembira dan berbangga kerana telah menjadi impiannya selama ini untuk bermain dalam liga franchais.
"Saya telah cuba sebaiknya dan bekerja keras perbaiki permainan saya dan peluang yang saya terima ini adalah hadiah daripada tuhan hasil kerja keras ini.
"Bagaimanapun, ini hanya satu permulaan dan perjalanan saya masih jauh. Saya juga doakan agar lebih ramai pemain akan dapat bermain dalam banyak liga lain di seluruh dunia," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!