Kecederaan Benzema tidak jadi masalah

Vinicius (depan) bersama Rodrygo, gandingan baharu Real Madrid. - Foto: MARCA
Vinicius (depan) bersama Rodrygo, gandingan baharu Real Madrid. - Foto: MARCA
A
A
A
JUARA bertahan, Real Madrid tidak bimbang dengan masalah kecederaan tonggak serangannya, Karim Benzema menjelang aksi Liga Juara-Juara Kumpulan F berdepan RB Leipzig pada awal pagi Khamis.

Pengendali Los Blancos, Carlo Ancelotti berkata, kecederaan Benzema nyata tidak menjadi masalah susulan prestasi baik yang dipamerkan Vinicius Junior, Rodrygo Goes dan Federico Valverde ketika ini.

Katanya, ketiga-tiga pemain berkenaan telah mempamerkan aksi mantap ketika ketika membenam RCD Mallorca 4-1 dalam saingan La Liga baru-baru ini.

“Ya, penyerang utama kita Benzema (Karim) mengalami kecederaan dan terpaksa diketepikan daripada aksi berdepan RB Leipzig.



“Bagaimanapun, kita masih ada beberapa ‘penggempur’ yang mampu menghasilkan jaringan bagi menjamin kejayaan pasukan seperti Vinicius dan Rodrygo.



“Lihat sahaja aksi mereka baru-baru ini ketika kita ‘membenam’ Mallorca. Ia sudah cukup untuk memberikan keyakinan kepada kita untuk berdepan Leipzig,” katanya.

Untuk rekod, skuad Los Blancos itu turut merekodkan kemenangan pada aksi sulung peringkat kumpulan dengan menewaskan Celtic, 3-0, 7 September lalu.

Sementara itu Ancelotti berkata, kemenangan 3-0 ke atas Celtic pada aksi sulung Kumpulan F, 7 September lalu diharap mampu menambahkan lagi keyakinan pemain bagi mencatatkan kemenangan ke atas RB Leipzig.

Katanya, gandingan penggempur baharu Los Blancos, Vinicius dan Rodrygo diharap mampu untuk meledak jaringan dan seterusnya melebarkan kemenangan bagi saingan peringkat kumpulan kali ini.
Artikel Berkaitan:


"Pada aksi pertama berdepan Celtic, kita menurunkan Benzema, namun dia terpaksa dikeluarkan kerana mengalami masalah kecederaan.

"Kini, kita bergantung kepada gandingan Vinicius dan Rodrygo. Diharapkan, mereka mampu menghasilkan lebih banyak jaringan bagi memastikan kejayaan pasukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!