Kemuka tuntutan palsu hampir RM900,000, enam individu direman

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Enam individu termasuk empat wanita ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai hampir RM900,000 sekitar tahun 2016 hingga tahun lepas.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 17 September ini dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Shah Alam, hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Media semalam melaporkan, keenam-enam suspek berusia antara 30 hingga 59 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor sekitar 5 petang ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, tiga suspek berkenaan merupakan ketua pegawai operasi, pengarah dan akauntan sebuah syarikat pembinaan dipercayai berpakat untuk meluluskan pembayaran kepada dua syarikat yang terbabit dalam kerja-kerja menaik taraf saliran dan projek tebatan banjir di Selangor sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!