Datuk direman kes tuntutan palsu RM7 juta

Seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk direman tiga hari untuk siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai keseluruhan lebih RM100 juta.
Seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk direman tiga hari untuk siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai keseluruhan lebih RM100 juta.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk direman tiga hari untuk siasatan kerana disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM7 juta bagi projek pembinaan sebuah bangunan di Terengganu membabitkan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM100 juta.

Permohonan reman lelaki berusia 54 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin telah membenarkan suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis.

Menurut sumber, suspek telah ditahan di pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin.

"Suspek dipercayai mengemukakan tuntutan sejak 2020 hingga Mei tahun ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan pengarah urusan syarikat itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!