MAFI buat persiapan awal hadapi musim tengkujuh

Ahmad (lima dari kiri) bergambar bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (tiga dari kiri) dan penerima geran bantuan pada Seminar Peningkatan Hasil Padi IADA Barat Laut Selangor di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini pada Selasa.
Ahmad (lima dari kiri) bergambar bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (tiga dari kiri) dan penerima geran bantuan pada Seminar Peningkatan Hasil Padi IADA Barat Laut Selangor di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini pada Selasa.
A
A
A

TANJONG KARANG - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) membuat persediaan awal bagi menghadapi musim tengkujuh hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pemantauan berterusan dilakukan di kawasan berisiko tinggi selain meningkatkan penyelenggaraan aset sedia ada.

"Kementerian turut mengarahkan kawasan terusan utama dan pengairan sawah diselenggara sepenuhnya bagi mengelakkan saliran tersumbat," katanya pada sidang akhbar selepas Seminar Peningkatan Hasil Padi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini pada Selasa.

Ahmad berkata, semua pam air juga perlu diselenggara dan berfungsi dengan baik bagi memudahkan pembuangan air ke parit jika banjir melanda kawasan sawah.

"Langkah-langkah ini perlu dilakukan segera, tidak perlu menunggu sehingga banjir melanda baru hendak buat persediaan," ujar beliau.

Dalam pada itu, katanya, penjadualan semula bekalan air di IADA Barat Laut Selangor akan dilaksanakan sepenuhnya bermula awal Januari tahun depan.

Jelas beliau, penjadualan semula bekalan itu membabitkan empat Kawasan Perkhidmatan Pengairan (ISA) 1 hingga ISA 4 seluas 19.8 hektar.

Menurut Ahmad, cadangan perubahan semula jadual bekalan air itu berikutan berlaku kekurangan air yang teruk pada musim 2 tahun 2015 sehingga terpaksa dilewatkan selama 15 hari.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin pastinya amat berat dan sukar untuk kerajaan membuat keputusan seperti ini, namun melalui pelbagai peringkat perbincangan bersama pegawai tertinggi daerah dan dialog bersama petani serta beberapa pemimpin tempatan barulah keputusan ini dapat dibuat," katanya.

Ahmad memberitahu, tujuan penjadualan semula bekalan air itu dilakukan bagi mengharungi perubahan cuaca dan bentuk muka bumi yang ketara.

"Penjadualan semula itu dilakukan disebabkan perbezaan keluasan kawasan pengairan yang tidak seragam, kepelbagaian tanaman selain padi dan perubahan struktur regulator menjadi titik tolak mengapa penjadualan ini perlu dibuat demi memastikan tiada berlaku masalah kekurangan air di sawah," ujar beliau.

Selain itu, beliau memberitahu, kerajaan turut memberi tumpuan bagi membangunkan rangkaian infrastruktur di peringkat ladang mencukupi yang merupakan elemen penting untuk memastikan pengurusan bekalan air di peringkat ladang cekap dan meningkatkan mobiliti input serra output di petak sawah.

"Pesawah terlibat diminta mematuhi jadual penanaman padi musim itu bagi memudahkan pengurusan sokongan bekalan air untuk pertanian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!