Vellfire guna 'strobe light' ditahan

Polis menahan sebuah Toyota Vellfire kerana menggunakan lampu mata arah (strobe light) di Batu Caves, Selangor pada Isnin.
Polis menahan sebuah Toyota Vellfire kerana menggunakan lampu mata arah (strobe light) di Batu Caves, Selangor pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire yang menggunakan lampu mata arah (strobe light) ditahan di Kawasan Industri Batu Caves, dekat sini pada Isnin.

Memetik kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di laman Facebook rasminya, Toyota Vellfire yang dipandu lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 7.30 petang oleh sepasukan anggota JSPT Bukit Aman.

"Kenderaan itu dikesan menggunakan strobe light di bahagian cermin hadapan.

"Pemandu berusia 26 tahun itu telah disiasat di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan," ujarnya pada Selasa.

Tambah kenyataan itu, menurut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti polis, bomba, ambulans dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.

Jelasnya, JSPT menegaskan mana-mana pemilik kenderaan yang mengubah suai dan menggunakan strobe light pada kenderaan persendirian adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

"JSPT sentiasa memantau penggunaan lampu ini pada kenderaan persendirian yang kerap kali menjadi rungutan pengguna jalan raya mengenai kelakuan yang suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguat kuasa," tegasnya.

Pada 7 April, Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, pihaknya sentiasa memantau penggunaan lampu mata 'strobe light' pada kenderaan persendirian.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, terdapat beberapa video tular di media sosial mengenai penggunaan lampu berkenaan dan pihak polis sedang mengambil tindakan sewajarnya kerana nombor pendaftaran kenderaan terlibat telah dikenal pasti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!