[VIDEO] Tiga lelaki curi kenderaan mewah diberkas tidak sampai 24 jam

Ketua Polis Selangor CP Datuk Arjunaidi Mohamed berucap ketika merasmikan Program Townhall Discussion 2022 Polis Selangor dengan tema Kesejahteraan Komuniti, Tanggungjawab Bersama di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. - Foto Bernama
Ketua Polis Selangor CP Datuk Arjunaidi Mohamed berucap ketika merasmikan Program Townhall Discussion 2022 Polis Selangor dengan tema Kesejahteraan Komuniti, Tanggungjawab Bersama di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan tiga individu yang mencuri sebuah kenderaan mewah di sebuah rumah di Pulau Indah berjaya ditumpaskan apabila kesemua suspek diberkas tidak sampai 24 jam selepas melakukan kegiatan jenayah tersebut pada Isnin.

Operasi dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Selangor berjaya memberkas kesemua suspek warga tempatan itu di Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan itu berumur antara 30 hingga 40 tahun.

"Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, tiga suspek mencuri sebuah kereta yang diletakkan di sebuah rumah di Pulau Indah Klang.

"Siasatan lanjut yang dijalankan kemudian membawa kepada penangkapan kesemua suspek pada hari sama kira-kira jam 10.30 malam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program townhall Polis Selangor di Dewan D’Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Selasa.

Dalam pada itu, Arjunaidi berkata, semakan rekod mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

"Siasatan masih dijalankan sama ada kegiatan suspek mempunyai kaitan dengan sindiket curi kereta," jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!