Raja Charles ketuai adindanya di samping keranda Ratu Elizabeth

Raja Charles III menyertai perarakan keranda mendiang Permaisuri Britain Elizabeth II dari Istana Holyroodhouse ke St Giles Cathedral diiringi ahli keluarga diraja di Edinburgh, Scotland, Britain pada Isnin. - Foto EPA
Raja Charles III menyertai perarakan keranda mendiang Permaisuri Britain Elizabeth II dari Istana Holyroodhouse ke St Giles Cathedral diiringi ahli keluarga diraja di Edinburgh, Scotland, Britain pada Isnin. - Foto EPA
A
A
A

LONDON - Raja Britain, Raja Charles III yang mengetuai empat adindanya setia berada di samping keranda mendiang Ratu Elizabeth II di Katedral St Giles di Edinburgh pada Isnin.

Selain Raja Charles III, Puteri Anne (Princess Royal), Putera Edward (Earl of Wessex) dan Putera Andrew (Duke of York) kekal berdiri di samping keranda bonda Ratu di dalam katedral itu ketika orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Keranda ratu akan diterbangkan ke London pada Selasa, menurut Agensi Anadolu.

Terdahulu pada Isnin, Raja Charles dan isterinya, Queen Consort Camilla, tiba di Parlimen Scotland bagi menerima ucapan takziah.

Raja Charles turut berkenan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertama Scotland Nicola Sturgeon dan pemimpin politik Scotland.

"Kami berbesar hati dengan kehadiran Yang Mulia, Raja Charles III, dan Queen Consort mencemar duli pada hari ini.

"Yang Mulia, kami bersedia untuk menyokong tuanku dan ketika tuanku meneruskan legasi luar biasa bonda tercinta, permaisuri kami.

"Ratu Elizabeth, Ratu Scotland, kami berterima kasih atas jasanya. Semoga mendiang Ratu bersemadi dengan tenang,” kata Sturgeon. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!